Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday 26 June 2014

Alhamdulillah.. Oh My FYP

Assalamualaikum...Assalamualaikum..Assalamualaikum...

Alhamdulillah..terima kasih Allah..terima kasihh....hai pembaca-pembaca semua..nampak tak betapa bersyukur sangat Cik Bell arini????....Rasa nak mendoakan semua umat Islam kt dunia ni murah rezeki, gembira sentiasa..dan senyum walau ditimpa masalah.. ^_^

Harini rasa indahhhh sangat dunia..sebabb??...pagi tadi dapat pesanan ringkas dari penyelia projek akhir tahun Cik Bell..Yang bawa berita gembira buat Cik Bell nak tersenyum je harini.. ^_^

Hasil titik peluh Cik Bell sepanjang tahun akhir pengajian ni..air mata yang tak henti..duit yang melebur mengalahkan air..dan akhirnya projek Cik Bell di iktiraf..sebelum ni, banyak sangat peringkat nak kena lepas..terlalu banyak dan terlalu letih..sampaikan lagi beberapa hari nak ekspo pembentangan projek, Cik Bell masih lagi bertarung dalam hujan membuat eksperimen..hahh, apa la projek nya tu sampai kena bertarung dalam hujan??...Itu kena tunggu entry lain la..kih kih kih.. :P

Owh..yang menarik dan membuatkan Cik Bell menangis sendiri..bila panel-panel tertarik dengan hasil Cik Bell dan anugerahkan Cik Bell tempat ke-3 untuk projek terbaik kategori voltan tinggi!! It was an awesome memory guys..the best ever for my whole period of being a student..hehehe..

Tapi tu semua tak menjanjikan keputusan projek Cik Bell dapat A sebab ade lagi yang kena tempuh..the biggest challenge, tulis laporan tesis untuk projek ni..Nak dapat A tersangatlah payahh..kemungkinan untuk di jatuhkan gred sangat la besar..Audit dalaman yang audit sekali lagi sangat2 la teliti..Yela, laporan ini akan di open access oleh semua orang/pelajar untuk rujukan..Tempat di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia yang sangat terhad..hanya laporan gred A & A+ je mampu tembus..Dan akhirnya, pesanan ringkas tu buat CB nak melompat setinggi 5 tingkat perpustakaan sebab CB dah tempah tempat untuk laporan CB kat situ...yippiiieee!!! IM A HAPPY GIRL!! ^_^

Terima kasih untuk semua ini ya Allah..terima kasih untuk ujian yang sangat berat ini ya Allah..Laluan yang Kau beri sangat mencabar dan berliku..Terima kasih kerana Kau tiupkan semangat kegigihan untuk aku terus mencuba dan Kau iringi aku dengan bantuan rakan-rakan sekeliling dan penyelia yang sentiasa menunjuk jalan, memberi semangat untuk aku terus berdiri..Terima Kasih Ya Allah..Terima Kasih Keluargaku..Terima Kasih Rakan-rakan..Terima Kasih Semua..

P/S: Terima Kasih untuk kamu..selalu muncul pada waktu nya..memberi idea waktu ku buntu....kamu tahu siapa kamu.. :)


No comments:

Post a Comment