Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday 12 May 2015

Terima kasih keluarga.... :)

Assalamualaikum & have a great day today... (^_^)

Selamat pagi warga blogger semua..Lama sangat dah tak hupdate blog ni hahh..Perkembangan terbaru Cik Bell?? Dah melepasi fasa bergelar pelajar dan sekarang melalui fasa bergelar pekerja kolar putih...wuhuuuu...Hurm hurm hurm...Rasa macam semalam baru lepas dihantar ke pendaftaran pelajar..Dan sekarang dah bergelar alumni..hahahaha..

Anak-anak bujang pakcik Bakar

Ikutkan perjalanan Cik Bell ni macam berliku, macam banyak cabaran tapi halangan-halangan tu semua merupakan cikgu terbaik kan..Bak kata orang the best teacher in the world is our past experience..Same goes here, Banyak-banyaakkk sangat halangan-halangan tu tapi terima kasih kat family CB sebab bagi support tak berbelah bahagi dari CB lahir sampai sekarang..Sebab dieorg CB masih mampu harungi dan sebab dieorg CB masih disini...heee...

Terima kasih..terima kasih...terima kasih..untuk family CB..I love you guys!





P/S: Kite lanje gamba family kite sikitt.. :P



Al-fatihah tuk mak.. :(



Thursday 26 June 2014

Alhamdulillah.. Oh My FYP

Assalamualaikum...Assalamualaikum..Assalamualaikum...

Alhamdulillah..terima kasih Allah..terima kasihh....hai pembaca-pembaca semua..nampak tak betapa bersyukur sangat Cik Bell arini????....Rasa nak mendoakan semua umat Islam kt dunia ni murah rezeki, gembira sentiasa..dan senyum walau ditimpa masalah.. ^_^

Harini rasa indahhhh sangat dunia..sebabb??...pagi tadi dapat pesanan ringkas dari penyelia projek akhir tahun Cik Bell..Yang bawa berita gembira buat Cik Bell nak tersenyum je harini.. ^_^

Hasil titik peluh Cik Bell sepanjang tahun akhir pengajian ni..air mata yang tak henti..duit yang melebur mengalahkan air..dan akhirnya projek Cik Bell di iktiraf..sebelum ni, banyak sangat peringkat nak kena lepas..terlalu banyak dan terlalu letih..sampaikan lagi beberapa hari nak ekspo pembentangan projek, Cik Bell masih lagi bertarung dalam hujan membuat eksperimen..hahh, apa la projek nya tu sampai kena bertarung dalam hujan??...Itu kena tunggu entry lain la..kih kih kih.. :P

Owh..yang menarik dan membuatkan Cik Bell menangis sendiri..bila panel-panel tertarik dengan hasil Cik Bell dan anugerahkan Cik Bell tempat ke-3 untuk projek terbaik kategori voltan tinggi!! It was an awesome memory guys..the best ever for my whole period of being a student..hehehe..

Tapi tu semua tak menjanjikan keputusan projek Cik Bell dapat A sebab ade lagi yang kena tempuh..the biggest challenge, tulis laporan tesis untuk projek ni..Nak dapat A tersangatlah payahh..kemungkinan untuk di jatuhkan gred sangat la besar..Audit dalaman yang audit sekali lagi sangat2 la teliti..Yela, laporan ini akan di open access oleh semua orang/pelajar untuk rujukan..Tempat di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia yang sangat terhad..hanya laporan gred A & A+ je mampu tembus..Dan akhirnya, pesanan ringkas tu buat CB nak melompat setinggi 5 tingkat perpustakaan sebab CB dah tempah tempat untuk laporan CB kat situ...yippiiieee!!! IM A HAPPY GIRL!! ^_^

Terima kasih untuk semua ini ya Allah..terima kasih untuk ujian yang sangat berat ini ya Allah..Laluan yang Kau beri sangat mencabar dan berliku..Terima kasih kerana Kau tiupkan semangat kegigihan untuk aku terus mencuba dan Kau iringi aku dengan bantuan rakan-rakan sekeliling dan penyelia yang sentiasa menunjuk jalan, memberi semangat untuk aku terus berdiri..Terima Kasih Ya Allah..Terima Kasih Keluargaku..Terima Kasih Rakan-rakan..Terima Kasih Semua..

P/S: Terima Kasih untuk kamu..selalu muncul pada waktu nya..memberi idea waktu ku buntu....kamu tahu siapa kamu.. :)


Thursday 19 June 2014

Fynn jamal - lelaki











Akan datang hari untuk kau betul-betul dihargakan..

Semoga kau si penjaga hatiku, pembimbing jalan syurgaku..Sentiasa di sisiku, semasa ku di atas dan bawah posisi di dunia ini..



My Future Caliph..










P/S: terima kasih kokpin untuk lagu yang hebat ini.. ^_^

Thursday 12 June 2014

Lantang nya kau bersuara..

Assalamualaikum & Have a Great Day All..


Berguru..apa itu?..Perlukah kita?..Siapa terlibat??..

Harini aku terpanggil untuk menulis secebis luahan hati ni..tidak bermaksud atau mendedikasi untuk sesiapa..

Ada kisah dan hal bila mana sepotong ayat Al-Quran yang suci itu menjadi pertikaian..seorang berkongsi maksud manakala seorang lagi menuntut pencerahan tafsiran..niat si pekongsi amat mulia, menyedarkan betapa Tinggi dan Maha PengampunTuhan Sekalian alam..memberi kita peluang dan ruang untuk terus dan terus kembali ke jalanNya yg satu..namun atas kekhilafan diri, si penuntut tafsiran asyik dan asyik meminta secebis tafsiran..ekoran rasa kekurangan & pengaruh sekeliling yang sering menuntut dan terus menuntut tanpa berfikir sejenak untuk berusaha bersama memberi walau sepatah perkataan..

Menguji dan terus menguji walau belum bermula..tradisi yang mula menapak dalam diri sekeliling bila telah diajari untuk bersuara..bersuara pabila hak di ganggu..bersuara atas ketidak adilan yg lebih berkuasa..bersuara untuk mencapai kebebasan yang di istihar diri sendiri..

Tapi satu hal yang kita lupa..belajar bagaimana untuk bersuara..di mana saluran yg betul..apa isi yang perlu di luahkan..apa capaian yang perlu ada untuk memastikan kelancaran penyampaian..
Maka terjadi pertelingkahan..defensif diri yang menebal..ego yang meninggi..ini semua tidak pernah membuatkan seseorang menjadi positif, menghubung dua talian yang rapuh menanti putus..jika sifat ini masih bermaharajalela..

Berguru itu perlu,lebih-lebih lagi ilmu yang tinggi..yang perlu pencerahan dari bijak pandai..walau sepatah perkataan yang memberikan ilmu baharu kpd kita adalah guru..walau umur nya hanya setahun jagung..Hebat engkau berkata..gah suaramu kau rasa..pabila tersentuh sedikit yang kau rasa berkaitan dengan mu,kau terus memangkah tanpa berfikir..sedangkan seketika cuma kau berkata "tak ramai yang di challenge berfikir sejenak untuk review, relook"

Maka,sentiasa la kita berfikir sejenak sebelum melontarkan..apa pun yang kita luahkan tak kan boleh di backspace, di delete sesuka hati..ia tetap terpahat untuk si pendengar..walau secebis cuma..

Wahai Ayahanda

Assalamualaikum..

Harini Cik Bell bangun dengan perasaan ingin menamatkan apa yang bermula..dan bermula apa yang perlu..
Se awal pagi dah terlihat kehadiran pemuisi yang berkarya dengan hati,jiwa dan segala perit jerih perjalanan hidup beliau..
Cik Bell yakin ramai yang mengenali beliau, Fynn Jamal yang teguh hati nya..padu jiwa nya..kental bersama suami dan anak tercinta..Tapi dalam banyak-banyak lagu atau puisi Fynn Jamal, lagu Biar yang paling menyentuh hati Cik Bell..Paling banyak meninggal kan kesan dalam hati Cik Bell, yang jauh dari ayah tercinta..
Kalau readers nak dengar boleh semak entry sebelum ni yang Cik Bell pos, dedikasi khas untuk ayah Cik Bell..


Abah,
Adik minta maaf untuk segala khilaf adik selama ni..Adik tahu adik bukan la anak yang baik, anak harapan abah macam yang lain-lain..Adik minta maaf untuk semua kesusahan yang abah perlu tanggung selama menjaga adik..
Adik tak mampu untuk menjaga abah sekarang..Perjalanan adik masih jauh,dan adik sendiri belum mampu untuk menjaga diri sendiri..
Walau sesiapa yang hadir, kasih sayang abah tetap no 1 di hati adik selain emak..I love both and thanks for giving me chances to know this beautiful story life of our family.
Abah dah buat sehabis baik untuk menjaga anak-anak abah, menjadi ibu & abah untuk kami..
Adik tak mampu untuk berkata walau secebis perkataan terima kasih krn adik belum selayaknya mengucap kan perkataan-perkataan itu.
Walau ke mana kaki ini melangkah, nama mu akan ku pahat kukuh dalam hati ini..Akan ku sebarkan virus kasihmu ke seluruh yg mengenaliku..Supaya mereka tahu kuatnya cintamu untuk anak-anak mu yang selama ini tidak kami sedari..
Adik

Wednesday 11 June 2014

Thursday 5 June 2014

Bahagia la wahai dikau..

Perasaan ini terlalu memendam..
Hari-hari memerhati keadaan mu di kejauhan..
Mendengar celoteh mu setiap kali jumpa..
Terkadang aku diam mendengar & menghayati..
Terkadang aku juga turut berkongsi ceritaku sama..

Senyuman ku tampak ikhlas..
Jauh di sudut hati, hanya ingin membahagiakan mu..
Walau senyuman sahaja yg mampu ku beri..
Cukup la kira nya saat & tika ini..
Kau merasa sedikit gembira,leka dari masalahmu yg menanti..

Aku tak mampu melupakan mu..
Mesti semua di dunia meminjamkan kekuatan..
Memberi kata2 semangat..
Cuma Dia mampu menguatkan hatiku..
Meneruskan hidup tanpa laluan yg jitu..

Sungguh aku tiada tujuan..
Aku tidak meletak sebarang harapan..
Hatiku cukup sudah menerima sang adam dlm hidupku..
Mungkin kini fokus ku bkn di situ lagi..


Semoga kau bahagia dengan kehidupan mu kini.. :)

https://pradiskavindy.files.wordpress.com/2012/06/menangis.jpg