Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 11 April 2012

Dunia???

Zaman sekarang..semakin pelik..yang pelik menjadi normal..yang normal menjadi pelik..adakah itu salah satu petanda??..

Bila orang lain bercerita mengenai diri kita dan kita sendiri tidak tahu..
Bila kita terpaksa berjumpa,berhempas pulas mencari cerita berkenaan diri kita dari orang lain..
Jangan terkejut jika orang lain lebih mengetahui diri kita melebihi diri kita sendiri..


p/s: Pernahkah kita wat benda yang sama kat org lain smpai kita sndr yg t'kena akhirnya?..Muhasabah diri..

Ma....

Sudah terlalu lama tidakku tulis di muka ini..
aku bukanlah seorang yang sangat kaki diari,mencatat setiap yang berlaku..
cume kewujudannya untuk ku meluahkan segala apa yang tidak mampu ku luah kepada semua orang..

ma..
adik terlalu merindui ma..
kala ini,kehadiran ma sangat dihargai..
walau adik tau ia suatu yang mustahil..jauh di sudut hati,cukuplah sekadar adik bermimpi dan meluahkan segala isi hati adik..
keluarga kita sudah cukup sempurna..cuma adik kepingin kehadiran ma untuk menjadi tempat mengadu barang sedetik..
terlalu susah untuk adik mencari kekuatan atas ujian ini..telah adik pinjam kekuatan bangkin,bangmi,abah dan keluarga yang lain..
tapi adik masih kekurangan satu lagi kekuatan yang telah lama adik hilang..
mama..


ma..
kalaulah ma dapat mendengar atau mungkin dapat merasa dari sana..
percayalah, adik sangat merindui ma..bukan keluarga kita tidak dapat membantu,tapi mereka tidak sekuat mak untuk adik pinjam kekuatan tu walau sesaat..
tidak adik ingin menyalahkan takdir..cuma jika diberi peluang,jadikan lah mimpi adik malam ni dapat kita bertemu untuk adik bercerita semua yang adik simpan selama ini..
itu sudah mencukupi..lagi beberapa hari hari lahir ma,dan adik xkan dapat lagi membelikan hadiah untuk buat ma tersenyum..
adik sangat xsangka perkara wajib setiap tahun adik lakukan, tapi di tahun terakhir sebelum ma pergi,adik sangat terlupa untuk memberikan hadiah tanda terima kasih kerana melahirkan adik..
dan adik xsangka, itu adalah peluang terakhir untuk adik memberikan hadiah..kalaulah adik tau..maafkan adik..

ma..
saat adik menulis ni,adik tau adik bersalah..menangisi ape yang berlaku..kalaulah ma ade kat sebelah,mesti adik kene marah..
maafkan adik,adik xmampu hilangkan rasa rindu ni..sampai bila2 adik xmampu..adik akui,adik cemburu setiap kali kawan2 adik di hostel pulang dibekalkan makanan..
diberi pesanan dan pelukan..tapi adik hanya mampu memandang dari jauh..setip kali sbelum pulang,ibu2 mereka sibuk melakukan segala persiapan..menelefon setiap hari..adik rindu sangat-sangat..sudilah berjumpa dengan adik walau hanya dalam mimpi seperti dahulu..

ma..
ujian yang adik terima ni terlalu berat dirasakan..walau berapa orang menenangkan,terlalu susah untuk adik menghadapinya..
mungkinkah ini ujian untuk adik menebus kesalahan2 yang pernah adik buat selama ini?..atau ujian untuk mengukuhkan keimanan adik?..walau siapa pun adik berjumpa,
xkan pernah ada yang akan berucap atau memujuk sama seperti mak wat..
semoga tahun ini janganlah besday adik bertembung dengan hari ibu..kerna adik tau,adik xkan mampu tuk hadapinya..
Tolonglah aku Ya Allah...



p/s: kepada sesiapa pun yang membaca,sudilah kiranya sedekahkan Al-Fatihah buat mak Cik Bell. Terima Kasih.