Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday 18 February 2014

Alam Maya vs Alam Sebenar

Assalamualaikum & Have A Great Day All..

Maaf lama tak bercorat coret kat sini..hampir sebulan..Sebenarnya Cik Bell takde la niat nak lama-lama tinggalkan blog ni sebab awal tahun dulu macam ada sebut azam baru nak tulis entry banyak-banyak kan..tapi sebab masalah yang satu tu,penyakit lupa dah menyerang..dan tertinggalkan broadband kat hostel..alamatnya,berkubur azam tu sekejap..
Sekarang, dan masuk balik semester baru..buku baru dan kisah baru..macam nak best je ayat,tapi takda ape2 pon..ngehee...cuma nak kongsi pengalaman hidup tanpa dunia maya selama 3minggu ini...

Sesampainya di rumah..melepaskan rindu dah lama tak hirup udara melaka..Tuhan je tau perasaan tu kan,orang-orang merantau ni mesti ada feelings ni punya la..Handphone rosak, broadband tertinggal..perasaan macam tak berapa nak indah cuti semester ni..tapi bila tempuh,baru sedar macam ok jer hidup tanpa semua tu..

Sekarang,semua orang rasa menggelupur bila semua bende tu takde kan?..Rasa lost, tertinggal,terpinggir dan seumpama la..tapi,korang pernah ke cabar diri sekurang-kurangnye seminggu tanpa semua tu?..macam mustahil kan?..tapi percaya la..CB rasa macam rindu sangat suasana tu..dan,memang berbaloi tertinggal dan takde semua tu waktu tu..Sebab utama??

1. Berinteraksi sesama keluarga    
Waktu ni, komunikasi dengan keluarga sangat lah banyak..kongsi cerita selama CB tak balik rumah..cerita kawan-kawan CB yang pelbagai kisah tu..jiran-jiran yang anak-anak diaorang pon makin membesar..lagi seronok, anak-anak buah CB sekarang..makin manja dengan CB..penat sikit layan diaorang takpe..yang penting,diaorang tau dan ingat diaorang ada maksu yang sentiasa rindu nk kacau diaorang...hehehe..ayah CB pula, layankan semua permintaan dia waktu cuti ni..jadi drebar tak bergaji abang dan abah..

2. Luangkan masa dengan kawan-kawan
 Kawan-kawan baik a.k.a best buddies CB semua kat melaka sekarang ni..sorang tunggu nak grad,sorang memang study sana..Jadi nya, waktu ni jer boleh lepak dan mengarut tak tentu pasal dengan diaorang..serius duduk sorang-sorang kat tempat orang ni tak best..even ada kawan yang masuk kepala, dieorang jugak yang boleh layankan kepala ting tong CB ni..

3. Hargai diri sendiri,treatment diri..hehehe
Dah semua-semua benda melibatkan alam maya ni takde, Cb dapatlah luangkn masa untuk diri sendiri..Buat apa yang tak sempat nak buat waktu kat JB..habiskan novel berbuku-buku dan campur aduk cerita dalam kepala..dan paling best, pusing-pusing ukur tanah melaka sebelum balik berjuang kat JB balik..


Sebenarnya, boleh je hidup tanpa semua-semua yang berkaitan alam maya ni..waktu kecil-kecil dulu,lagi seronok dari sekarang kan?..tanpa alam maya,kita semua suci bersih..bukti..


A) Dulu, ingat je nombor telefon rumah kawan-kawan,kekasih hati, kekasih gelap, secret admire, musuh ketat..sekarang?..nombor sendiri pon nak bagi orang kene tengok telefon sendiri dulu..nak selamat,minta nombor orang tu dulu dan misscall alasan malas nak sebut dan taip panjang-panjang..tak pun, secreto de amor..tak mahu orang lain dengar macam no artis diva pulak..

B) Dulu, ingat je semua tarikh lahir kawan-kawan..mak ayah,adik beradik..kekasih hati..tunggu 12 malam,tak boleh tidur sebab nak jadi orang pertama ucap selamat...sekarang, semua pun ada tolong ingatkan..pakcik Facebook,alarm telefon, segala mak nenek aplikasi kat internet..nak ucap selamat pun, kalau ada yang tersama hari..ucap setakat copy & paste ucapan..shortform "HB",buat syarat ucap dan ada paling teruk..masuk aplikasi yang automatik robot tolong ucapkan bagi pihak kita ke kawan kita tu..smpai kita sendiri tak sedar bila kita post..over kann...

C) Dulu nak bercerita, kongsi pengalaman kene jumpa berdepan..datang rumah sampai kena halau dengan tuan rumah,ayah datang jemput guna batang paip sebab tak tau jalan pulang..tapi sekarang..semua di hujung jari..lagi dasyat,macam ada gam jari dengan telefon tu..24/7 kat tangan..sebab nak bercerita je..bila jumpa? Semua diam macam suara tu emas..lepas tu tangan ligat berkomen..padahal sebelah mnyebelah ni..paling teruk,tak tahu nak borak apa..tanya la soalan sama ulang-ulang sampai kawan pon naik meluat nak jawab..

D) Dulu nak pergi mana-mana..mau seminggu tak tido la..nak cari kawan, peta, jalan nak pergi tempat tu..sekarang..ulang alik pergi kedai sebelah pon buka telefon bimbit, pakai GPS..sebab utama..banyak sangat simpang nak masuk jalan ke kedai tu..jalan banyak sampai takut tersesat..padahal,nama lorong pon tak pernah nak masuk kepala budak-budak sekarang ni..negeri utara & selatan Malaysia pon tergagap nak jawab..belum lagi tanya peta dunia..

E) Dulu nama Milah, Temah, Bedah, Ali, Abu..tepat, padat, singkat..senang nak ingat..lepastu nak panggil mula la label Ali 1, Ali 2, Mila H, Mila B (ikut nama ayah) sebab ada satu nama,kongsi dua tiga orang..sekarang..banyak sangat nama,sorang pegang sampai 2-3 nama..lain tempat lain panggil sampai diri sendiri buat tak tahu bila orang panggil sebab terlupa kita sendiri yang bagi nama panggilan tu..tak pun,wujud nama panggilan sendiri sampai bila orang lain berborak pasal kita, tak tahu pulak nama penuh kita..tak pernah sebut kan,nak buat macam mana..kompleks sangat tak pun, klasik sangat..segan nak sebut..

F) Dulu, nak beli barang..pergi kedai..beratur panjang..sambil-sambil tu jumpa jiran,kongsi cerita dulu sambil berbaris..sekarang? Klik-klik depan monitor..setengah jam kemudian, check balance account dah 0.00..mula la melalak sorang-sorang sebab tak sedar barang ape beli,sedap main tekan-tekan..sampai rumah, warna tak cantik la..baju terbesar la..kasut tak muat la..


Zaman dulu dengan zaman sekarang tak sama..Even nak pergi rumah sebelah pun fikir 100 kali..takut jiran tak kenal,kata kita nak merompak pulak..buat hal sendiri,hidup sendiri..ada rasa macam duduk dalam hutan x?..Duduk dalam hutan,tak payah fikir nak kenal sesiapa..nak bergaduh dengan sesiapa..sama macam sekarang,hutan maya..semua buat hal sendiri..sampai nama adik beradik sendiri pon ada yang gagal nak eja,lagi kan nak sebut..tanya umur pun 5minit fikir baru dapat jawab dengan 50% yakin jer..Zaman dah berubah kata Waris.. :)

P/s: Ada sesiapa berani nak cabar diri sendiri,hidup 3 minggu tanpa semua tu?..seminggu pon ok dah tu kalau berjaya..lepastu, boleh kongsi kat sini yer.. :P