Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday 14 January 2014

Tabah..

Assalamualaikum & Have A Great Day All...

Hari ni Cik Bell nak tulis artikel ni khas tuk kawan CB, miss Z..
U know who U are.. :)

Semalam kawan CB ada bagitau dia takut hadapi hari esok..hari dia pulang ke rumah..
Its ok my dear.. I also took 5 years to wipe my tears away..even though it's still running out until today everytime I talked or remember about her.. Alhamdullilah, it's only running out in my heart..


Terima kasih untuk kawan-kawan aku yang sentiasa ada dengan aku sampai sekarang..diaorang la bestfriends aku sekarang..dan aku bangga untuk kata mereka berdua, Cik Pa dan Cik Rara masih dan akan terus jadi bestfriends aku dunia akhirat..dan aku tak malu untuk tunjuk kat semua orang whose they are.. :)

Aku tahu kau akan baca ni..Memang susah untuk kita lupa dari fikir dan terkenang bila kita tengok apa-apa sahaja yang ada depan mata kita yang berkaitan beliau kan..Tapi itu lebih baik dari kita terlupa dan kenangan itu terus hilang dari ingatan kita..

Keluarlah, jumpa kawan-kawan dan saudara mara..berborak dan luangkan masa dengan mereka..Carila seorang rakan/sahabat atau sesiapa sahaja yang boleh kita pinjam sedikit keriangan dia untuk kita teruskan hari-hari kita..

Aku juga ada seorang kawan istimewa..yang banyak tolong aku..kuatkan semangat aku bila aku perlukan semangat tu 7 tahun lepas untuk face SPM..Even kami tak dapat teruskan hubungan itu, but he, makcik and his siblings really make my spirit until what U see me now..Kau yang aku kira dah semakin matang usia bila ditimpa ujian ni, lagi kuat dari aku yang pernah hadapi dulu..Tak salah kita bercerita dan berkongsi..dunia ini untuk semua,kita punya hak untuk berkongsi dengan orang lain yang kita rasa boleh..jangan takut untuk keluar, jangan takut untuk bercerita dan jangan takut untuk ingat beliau..


Anak-anak buah kau pun mesti tak nak tengok makcik diaorang menangis..luangkan lah masa untuk dieorang yang selama ni banyak kau habiskan untuk beliau..ayah kau, yang selama ni mungkin masa nya kau curi untuk beri lebih perhatian untuk beliau..adik kau yang mungkin kadang-kadang kau terlupa dia berhak dapat perhatian seorang kakak..abang-abanag dan kakak ipar kau, yang kau boleh kongsi rasa suka dan duka yang selama ni kau pendam sebab tak mahu beliau susah hati..Our road journey is still long..... (^_^)




Saturday 11 January 2014

Ibu Si Jantung Hati

Assalamualaikum & Have A Great Day all..


Dah berapa hari tak update blog..Cik Bell luangkan masa dengan kawan CB yang baru kehilangan ibunda tercinta isnin lepas..Al-fatihah tuk kawan CB tu..semoga dia terus tabah dengan ujian ni..CB dah pernah rasa kat tempat dia,cuma bezanya CB masih di bangku sekolah lagi..baru 15 Tahun waktu tu..macam mana CB masih di sini,dan berada di tempat ini?.. Terima kasih Allah untuk bagi peluang dan kekuatan..serta rezeki untuk CB terus hidup dan menghirup udara yang dipinjam ini..

Terus terang, susah dan payah untuk kita menghadapi saat tu..tapi lagi payah kalau kita masih dan masih meratap tanpa berbuat apa-apa..semua tu ketentuan Allah..even CB hanya dapat rasa kasih sayang ibu 15 tahun, itu dah cukup untuk CB rasa kasih sayang dia sampai sekarang..cinta CB kat ibu,takkan ada sesiapa yang boleh ganti..maaf kepada sesiapa yang mungkin akan datang dalam hidup CB kemudian sebab takkan boleh ganti tempat yang satu itu..

Maaf kan CB kalau ramai kawan-kawan yang tak tahu pasal ni..cuma CB tak pernah rasa ibu jauh..dan sebab itu,CB masih bercerita kisah ibu CB tanpa word "arwah" sebab ibu sentiasa hidup dalam hati CB..ada yang datang rumah CB terkejut bila dapat tahu ibu dah takde..even ada dah kawan dengan CB 4 tahun pun..maaf kawan2 sebab hal itu..Cuma, apa yang CB cerita selama ni adalah kenangan CB selama 15tahun itu..cerita yang CB kongsi itu,kisah yang mungkin 9 tahun lepas punya tempoh..bukan yang terkini,bukan yang baru lepas terjadi..mungkin ada orang kata dah expired..tapi tiada istilah expired untuk kisah-kisah yang satu ni..

Cik Bell masih anak ibu CB, adik dalam keluarga dan maksu kepada askar-askar cilik CB..Ibu masih dan akan terus menjadi jantung hati CB.. :)

Asalnya ini gambar CB yang kurator tu lukis berdasarkan gambar terkini CB,tapi hasilnya.. I see her in me..terima kasih kurator tu sebab dapat hasilkan sesuatu yang CB tak sangka-sangka dan tak terfikir.. :)



P/S: kepada pembaca sekalian,harap dapat sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ibu Cik Bell, Je'miah Binti Das..terima kasih..

Wednesday 8 January 2014

Secret of The Wings

Assalamualaikum & Have a Great Day All....

Maaf, 4 hari Cik Bell tak melawat blog Cik Bell ni..ada exam dan nak siapkan report projek akhir tahun CB..banyak sangat kerja yang menunggu untuk di hantar sebelum tutup semester ni..harap-harap dapat siapkan dengan jaya nya kan..dan graduate tepat pada masa..hehehe..amin44x!

Hari ni tiada cerita seronok sangat nak tulis..sebenarnya CB nak tulis sesuatu semalam,tetapi penat sangat sampai tertido pulak...waktu tu pun dah jam 2pagi..tersedar,terus tutup laptop dan sambung tidur..ngeeee... :P

Pagi ni bangun, CB tergerak hati nak tengok satu cerita animasi...cerita ni kawan CB yang bagi minggu lepas waktu kami lunch sama-sama..tapi harini baru ada kesempatan nak tengok..lalalalala...

Keseluruhan cerita ni seronok sangat..CB suka! Tajuk nya "Secret of The Wings" macam tajuk post CB tu la..heheh.. Watak utama cerita ni Tinkerbell. Korang masih ingat cerita "Peter Pan" kan? Ni kisah hidup pari-pari dalam cerita tu sebelum dia kenal Peter Pan..hehe..comel sangat ok!

Kisah ni pasal Tinker fairy yang hidup kat Pixie Hollow (nama tempat) bercuaca panas. Diorang hidup menukang dan  reka benda baru..satu hari Tinker jalan-jalan dan terjumpa bording ke satu dunia yang dipenuhi salji dan waktu rentas border tu, sayap Tinker bercahaya..dari situ la Tinker jejak dan cuba jejak kenapa sampai la dia terjumpa kakak dia..Cerita seterusnya boleh la korang semua cari dan tengok...seronok,kisah family..berkorban untuk adik beradik sendiri,cinta sejati sesama keluarga sangat sweet dan comel! Kat bawah ni ada sampel screenshot beberapa babak menarik..rating 4 bintang..


Waktu ni baru jumpa berdua..tengok kat sayap diaorang tu bercahaya..

Waktu ni Peri Wingkle (kakakTinkerBell,rambut putih) bawa Tinker jalan2 kat dunia salji diaorang.

Tinker bagi bunga morning glory dari dunia nya, Peri Wingkle bagi kepingan salji dari dunia sajli mereka.



 Di sebalik tu, ada juga terselit watak permaisuri dari spring land (Queen Clarion) dan raja dari dunia salji (Lord Milori) yang ada sejarah dieorang.. (=


Effect bunga-bunga tu idea dari Tinker Bell yang bawa ke dunia sajli.. (:






P/S: Suka sangat tengok kartun,kisah mereka lagi banyak pengajaran dan menghiburkan..penuh dengan mesej berbanding cerita benar...







Saturday 4 January 2014

Selamat Hari Lahir Naimah...

Assalamualaikum & Have A Great Day All..

Harini CB punya hari tiada apa-apa sangat..cuma luangkan masa cari idea tolong kawan-kawan sediakan hadiah dan buat majlis kecil-kecilan.. Harini, tanggal 3 Jan 2014 ada seorang kawan sekelas CB dah sebaya dengan CB..hehehe..nama nye Naimah Mohamad..Dia antara yang paling awal sambut birthday dalam kalangan pelajar-pelajar perempuan kelas kami..

Sejak-sejak tahun akhir ni,kami selalu sambut birthday kawan-kawan yang sekelas dan sama blok,nak rapatkan ukhuwah kata mereka..dan dan dan, AJK hiasan tiap2 kali sambutan mestilah kawan CB sorang ni..hasil tangan dia memang superb..kadang-kadang ada yang tolong,tapi mastermind selalu nya Naimah la..Amazing uollss..Tapi  memandangkan harini birthday si dia,kami terpaksa berdikari buat semua-semua tuk dia kan..hehe..Apa-apa pon,hasilnya si birthday girl ni suka dan amaze dengan kitaorang punya hasil.. *ThumbsUp*

Naimah ni,CB kenal dari mula masuk lagi..waktu tu,dia berjiran dengan kawan matrik CB..jadi kitaorang selalu la makan sesame,freshie kan..paling CB ingat sekali, Nasi Goreng USA kat kafe kolej..memang favourite ever la untuk si birthday girl ni..kata nya,sedap kot..sayangnya kafe tu dah tutup waktu kami tahun satu semester dua,jadinya Naimah terpaksa la makan tempat lain dan dah ada menu kegemaran lain..tapi yang paling kelakar, apa-apa yang CB cakap dengan dia mesti dia tak membantah..ok saja..rupa-rupa nya ada satu hari tu kawan kelas CB yang lain bocorkan rahsia kata si birthday girl ni takut CB..serius waktu tahu tu memang ada niat nak membuli tapi tak sampai hati pulak..Comel sangat, ok..Tapi sejak-sejak akhir semester ni,banyak dah kata-kata CB yang dibantah..tak takut dan tak heran lagi kata nya..hehehe...apa-apa pon, stay cute and amaze people around you ok..Happy Birthday again and stay "ARTIS" to us..HEART!

Sekitar sambutan hari lahir "artis Eifel" kami petang tadi..Happy Birthday Naimah! (^_^)v         

P/S: Semoga impian kau nak jejak Eifel Tower tercapai..Jangan lupa susun hadiah kitaorang dan snap gambar kat depan Eifel Tower tu..hehe.. :P

Thursday 2 January 2014

Hari Kedua Tahun Baru 2014

Assalamualaikum & Have A Great Day all..


Sejak semalam lepas CB online, terus tutup laptop, belajar.. Harini ada kertas susah sangat, kertas Power System Engineering dan CB semacam ada satu perasaan yang takut..takut tak dapat jawab, takut ape soalan yang keluar tak macam yang CB belajar dan macam-macam lagi la..sampaikan satu tahap,sejam sebelum mula jawab CB dah tak boleh duduk kat bilik CB sendiri..CB tumpang baring kat bilik kawan sebab setiap kali masuk bilik sendiri. teringat petang ada exam..buka buku, ternampak muka pensyarah..ok, sangat dasyat takut CB ni..
Tak pernah-pernah perasaan ni hadir..mungkin takut gagal..serba salah dengan pensyarah CB yang sangat baik hati tu..mestila la semua pensyarah,guru-guru nak tengok anak didik mereka dapat jawab dengan baik kan..bila tak dapat jawab, CB rasa macam CB dah musnahkan salah satu reputasi dia..entahlah..terus terang,ujian yang terakhir untuk subjek ni, CB rasa akan dapat telur ayam..tapi bila semak markah terkumpul,agak terperanjat juga bila pensyarah bagi markah macam tu,syukur Alhamdullilah..jadi, tekad di hati memang akan buat sehabis baik,cuba jawab jangan macam orang tak pernah masuk kelas..Alhamdullilah, Allah mudahkan jalan..mungkin bukan terbaik dalam kursus tu..tapi tu yang terbaik dapat CB buat dan usaha..
Hahaha,dan lagi 1..CB tak lagi buat pensyarah tu stress sebab cuba tolong sehabis mungkin nak terangkan kat CB macam mana cara nak jawab soalan..serius, waktu jawab ujian tu..memang macam nak telan orang dah pensyarah tu bagi kata kunci nak selesaikan soalan tu..tapi tetap CB tak dapat jawab dengan baik..Maaf Dr. kali ni saya cuba perbaiki..Mudah-mudahan pemeriksa yang tanda kertas CB berlembut hati bagi markah murah..hehehe..sekarang, fokus lagi 3kertas..lepas tu,yay! saya merdeka untuk semester ni..Haha.. :P

Semalam nampak gambar ni sebelum log-out..teruja kejap..seronoknya dapat pakai macam ni..hehe.. :P


P/S: Sanggup ponteng kelas waktu pensyarah pulangkan kertas ujian sebab takut sangat nak tengok markah dan muka pensyarah waktu tu..3 kali datang nak bagi hint! Hahahaha..



Wednesday 1 January 2014

Selamat Datang 2014,Selamat Tinggal 2013

<a href="http://www.bloglovin.com/blog/2616440/?claim=jugb9z8ha3r">Follow my blog with Bloglovin</a>

Assalamualaikum & Have A Great Day All..

Selamat datang tahun baru..semoga dapat nafas baru dan impian yang lebih indah...banyak cerita Cik Bell nak story kat sini tapi entahla..2013 tinggal kan banyak kenangan kat Cik Bell..harapan yang musnah, impian yang hanya angan-angan bukan realiti, kehidupan yang memberi seribu satu rase dalam hidup Cik Bell..

Mungkin yang baca entry ni ada yang tahu..ada juga yang tak tahu la kan..Cuma Cik Bell nak cakap, apa pun yang Cik Bell harungi tahun ni, hanya satu lagi ujian Ilahi tuk uji sejauh mana pendirian, kasih sayang dan kekuatan yang Cik Bell ada tuk terus hidup sebagai hambaNya..

Ada yang persoalkan macam mana CB harungi sepanjang 6 bulan ni? Apa perasaan CB? Apa Cb nak buat? Mungkin jawapan yang korang dapat sebelum ni tak memuaskan hati korang kan..terus terang,sapa pon kat tempat CB pada waktu dan saat itu akan tahu dan rasa..jadi korang tak perlu la persoal dan harapkan jawapan seperti skema yang ada tertulis dalam kepala korang tu..tanya dari jauh, fahami dari jauh atau dalam diam sangat CB hargai..CB bukan seorang yang berterus terang dalam semua hal,lebih kepada diam dan biar masa yang tentukan..

Sedih, kecewa, marah, rasa tertipu..bila kita luahkan..akan ada yang terasa hati, ada yang terguris dan terluka..solusi mudah, diam dan telan sedalam-dalam nya..Mungkin ada jugak yang kata, "aku tak boleh face camtu kalau kat tempat kau,mungkin aku berhenti je..".. CB?? Its not an easy solution,yet have its own risk..tapi masa depan kita,takdir kita..ada yang boleh kita ubah dan tentukan sendiri..cuma,perlu diiringi tawakal dan berserah..yang lain kita tak boleh elak,jodoh, rezeki, hidup dan mati..semua tu urusan Allah..

Semoga korang semua tak face seperti yang CB pernah alami..mungkin bahagian CB macam ni..peluang dan ruang yang CB ada,perlu digunakan sebaik mungkin tuk hari2 akan datang..korang, teruskan kehidupan ni dengan lebih tabah dan cuba hargai setiap detik dan ketika kita masih dapat melihat & hirup udara atas bumi yang aman ni.. Satu senyuman dapat mengubat seribu luka di hati..Salam :)

New Year Begin

Assalamualaikum & Have A Great Day all..

Selamat tahun baru semua..Lama sangat tak tulis entry dalam ni,last tulis lebih kurang 6 bulan lepas..nasib baik masih senang nak buka,tak de la loading ker pending sebab lama sangat tak buka ker..

Harini 1Jan 2014, azam tahun baru?? harusla nak graduate tahun ni..hehehe..ok, Cik Bell dah tahun akhir sekarang..dan waktu dan ketika ini Cik Bell tengah pun  belajar untuk exam esok..untuk kawan2 1 kelas, semoga dapat jawab tuk exam esok!

Tahun baru ni, CB tak de azam sangat pon..hanya nak selalu bersama keluarga besar CB dan dan kenal semua sedara-mara kot..hehe..Apa-apa pon..readers semua terus tabah hadap tahun baru yang makin mencabar ni yer..harga makanan naik, minyak naik, tol naik, kos sara hidup makin bertambah..even Cb duduk sorang-sorang sekarang takde tanggungan lain kat asrama, terasa jugak semua tu..sebab CB ada baby baru yang sangat kuat makan..sanggup xmakan sebab tak mau dia buat perangai,cukup la sekali tu jer..hehehe..by the way, tanpa baby tua tu, CB susah nak gerak ke mana-mana..terima kasih tuk abah CB sebab bagi kesayangan dia kat CB dan jaga kan kesayangan CB kat rumah.

Baby CB kena mandi tepung waktu sambut birthday salah sorang kawan CB


P/S: Azam baru nak baking dengan lebih banyak dan sedap lagi,hias cantik-cantik