Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday 11 January 2014

Ibu Si Jantung Hati

Assalamualaikum & Have A Great Day all..


Dah berapa hari tak update blog..Cik Bell luangkan masa dengan kawan CB yang baru kehilangan ibunda tercinta isnin lepas..Al-fatihah tuk kawan CB tu..semoga dia terus tabah dengan ujian ni..CB dah pernah rasa kat tempat dia,cuma bezanya CB masih di bangku sekolah lagi..baru 15 Tahun waktu tu..macam mana CB masih di sini,dan berada di tempat ini?.. Terima kasih Allah untuk bagi peluang dan kekuatan..serta rezeki untuk CB terus hidup dan menghirup udara yang dipinjam ini..

Terus terang, susah dan payah untuk kita menghadapi saat tu..tapi lagi payah kalau kita masih dan masih meratap tanpa berbuat apa-apa..semua tu ketentuan Allah..even CB hanya dapat rasa kasih sayang ibu 15 tahun, itu dah cukup untuk CB rasa kasih sayang dia sampai sekarang..cinta CB kat ibu,takkan ada sesiapa yang boleh ganti..maaf kepada sesiapa yang mungkin akan datang dalam hidup CB kemudian sebab takkan boleh ganti tempat yang satu itu..

Maaf kan CB kalau ramai kawan-kawan yang tak tahu pasal ni..cuma CB tak pernah rasa ibu jauh..dan sebab itu,CB masih bercerita kisah ibu CB tanpa word "arwah" sebab ibu sentiasa hidup dalam hati CB..ada yang datang rumah CB terkejut bila dapat tahu ibu dah takde..even ada dah kawan dengan CB 4 tahun pun..maaf kawan2 sebab hal itu..Cuma, apa yang CB cerita selama ni adalah kenangan CB selama 15tahun itu..cerita yang CB kongsi itu,kisah yang mungkin 9 tahun lepas punya tempoh..bukan yang terkini,bukan yang baru lepas terjadi..mungkin ada orang kata dah expired..tapi tiada istilah expired untuk kisah-kisah yang satu ni..

Cik Bell masih anak ibu CB, adik dalam keluarga dan maksu kepada askar-askar cilik CB..Ibu masih dan akan terus menjadi jantung hati CB.. :)

Asalnya ini gambar CB yang kurator tu lukis berdasarkan gambar terkini CB,tapi hasilnya.. I see her in me..terima kasih kurator tu sebab dapat hasilkan sesuatu yang CB tak sangka-sangka dan tak terfikir.. :)



P/S: kepada pembaca sekalian,harap dapat sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ibu Cik Bell, Je'miah Binti Das..terima kasih..

2 comments:

  1. takziah kepada CB dan kawan CB ye..betul kata orang..rupa kita makin lama makin iras mak/ayah kita..sebab bila kita rindukan mereka..kita hanya tengok cermin..dan pasti itu mengubat kerinduan kita pada mereka..keep strong CB =)

    ReplyDelete
  2. thanks Shalleyanna yana..I will, InsyaAllah.. (^_^)

    ReplyDelete